Undangan Rindu

Assalamualaikum :)



malam sentiasa mengundang rinduku terhadap dirinya . hihiii perghh ayatt kemainnn -.- . malam je 

mesti rindu . kalau rindu je , selalu waktu malam . tapi kenapaa malam ? hmp .

Antara cinta dan rindu,
Aku pilih untuk merinduimu.

Kerana di dalam rindu itu,
Penuh dengan kasih sayang.

Kerana dalam rindu itu,
Hadir bersama cintamu.

Kerana dalam rindu itu,
Bersulam doa dalam setiap sujudku.

Kerana dalam rindu itu,
Terlukis wajahmu di fikiranku.

Setiap waktu,
Tanpa rasa jemu .





tapi betapa rindu pun kita kat si dia , cuma Allah yang boleh menjaga orang yang kita rindui  . di 

mana saja dia  berada, Allah  yang akan menjaga dia, asalkan dia menjaga tanggungjawab yang 


diamanahkan-Nya . 

jaga diri ye awak :)



Bila sampai tibanya waktu,

Redup hati kaum berdua,

Bila kau dan aku jadi satu,

Hidup mati jadi bersama.

(dipetik dari cerita Hikayat Merong Mahawangsa) 



" jadi . kalau rindu , jangan tenung gambar dia jangan baca SMS-SMS kirimannya jangan stalk laman 

sosial dia " . eh amboi . boleh ke aku buat macam tu ? errrr . tak bolehhhhh





sebaiknya , angkat tangan , doakan 'Ya Allah aku rindu dia, tapi rindu bagaimana pun, cuma KAU 

yang mampu  menjaga dia, Allah . maka tetapkanlah hatinya agar dia sentiasa mencintaiku supaya 

dia baik-baik je sepanjang menjalani hari ini, esok dan lusa dan seterusnyaa '. 



tips mengurangkan rindu : , tarik nafas, hembus perlahan, pejam mata, kirimkan al- Fatihah.


oh ya!

yang terpenting, kirimkan doa buat mak bapak kita juga ya. haaaaaaa kalau dengan mak bapak 

kitee , boleh la kite telefon sebelum tidur, 



'mak, bapak...maafkan anakmu ini atas segala salah silap, minta halal makan dan minum, serta 

doakan kejayaan anakmu ini di dunia  dan akhirat, agar kita bahagia di dunia dan sama-sama masuk 

syurga ^.^ '. kalau malu nak telefon, boleh la anto mesej eahh . heeeee


ehhh amboi seronok sangat nak nasihat orang . tapi diri sendiri pun tak penah cakap macam 

tu kat mak ngan bapak :(


zZzZzZzZ


ok laaaaa ok . nak tidur dah . グッドナイト :)


Comments

Popular Posts