Bicara Hati
Assalamualaikum :)
Saat diriku tengah sedih , takkan mungkin seorang pun tahu apa yang sebenarnya aku rasakan . Sudah cuba diluahkan dengan kata-kata namun, apa yang keluar hanyalah air mata.
Sungguh, hati perempuan itu amat sukar diduga.
Psikologist ada mengatakan:
1. Apabila seseorang itu terlalu ketawa terbahak-bahak biarpun hanya perkara kecil yang langsung tidak lucu dan kelihatan bodoh, dia sebenarnya seorang yg mempunyai jiwa yg sangat sunyi.
2. Sekiranya seseorang itu banyak tidur, dia org yang kuat bersedih.
3. Apabila dia kurang bercakap tetapi pantas dalam berbicara, bermakna dia menyimpan seribu rahsia.
4. Sekiranya dia sukar untuk mengeluarkan airmata, dia seorang yg lemah.
5. Kalau senang menangis meskipun benda yg kecil sahaja, dia seorang yg berhati
lembut.
6. Dan sekiranya dia cepat marah biarpun perkara sekecil kuman, itu bermakna dia
perlukan kasih sayang.
Berusahalah untuk memahami orang lain, selepas kita memahami diri kita sendiri.
Bukan 100% betul, tetapi ada sedikit kebenarannya disitu....
sumber: Google (jangan kecam ye)
dan, kepadamu sang lelaki ;
✽AKU HANYA WANITA BIASA YANG INGINKAN BIMBINGAN ✽
❥ Jika wanita cantik yang engkau cari, ia bukan saya..
❥ Jika wanita solehah yang engkau cari, ia bukan saya..
❥ Jika wanita ayu yang engkau cari, ia bukan saya..
❥ Jika wanita kaya yang engkau cari, ia bukan saya..
❥ Jika wanita yang berpurdah engkau cari, ia juga bukan saya..
❥ Tapi jika wanita yang ingin dibimbing, ya itulah saya..
❥ Bimbinglah dan berilah ilmu agama kepada saya..
(◡‿◡✿)
Jadi, apa yang cuba aku sampaikan sebenarnya ni? Entahlah nak, jiwa ku kacau..
terimakasih kepada yang sudi membaca :)
Comments