Cerita Seminggu


Rabu . 

harini dah Rabu lagi . cepatnya masa berlalu kan .
Rabu minggu lepas merupakan hari di mana aku menduduki last paper . iaitu Engineering Mathematics . hari yang sama aku terjumpa dengan ___ buat pertama kali nya .. tak plan pun nak jumpa dia .. on my way nak beli topup .. then .. jeng jeng jeng ~

 on that day seriously sedih . sedih sebab bapak still nak datang KL ambil aku balik pada keesokan haarinya . walhal barang semua dah ambil pada hari sabtu lepas . nak bergambar last ngan kengkawan pun jadi malas :( .. argh ! ni semua sebab laporan kesihatan tu . ye ! . sebab tu :/ ..

haih . tak boleh jadi ni . aku tanak laa balik rumah awal sangat . maka aku telipon bapak ..

" bapak esok pagi atik pergi la HKL ambil laporan kesihatan tu ."

 'okay ...'

(talian diputuskan)

aku dah senyum sikit aaa dengan harapan bapak tayah da datang KL utk ambil laporan kesihatan tu .. hihi ..

tetiba bapak kol semula ...

"eh bagus jugaklah kau nak pergi HKL esok pagi tu , kalau boleh pergi awal pagi tau . nanti senang sikit . lepas  tu boleh la gerak balik rumah awal sikit"

T_T .. sabau jela . sodih sodih tak terkata .. wuuuu~

sebaik sahaja talian putus air mate ni jatuh . eeeeeee . geramnyee . (sebenarnye nak pegi cosmo world hari esok nye dengan gelprengs sekalian)

xpela . Redha je . aktiviti sangat lah tidak produktif . lepas makan terus naik atas . mase makan tu jumpa Finas dengan siapa lagi ntah . tak tau aa name dia . aku lah semangat ngajak dia pegi cosmoworld nya . tapi bukan boleh pegi pun .

dah nak pukul doblas ni . tetiba wana minta gegula . aih dasar budak kecik -.- memalam nak gegula . haha . mane lah aku ade stok gegula dah . at the same time aku pulak mengengade nak eskrem . tapi kalau tengok jam tu . kedai ayah Teah nak tutup dah . so aku tanya someone . "eh minimart buka lagi tak?" dia jawab still buka.

zzzzzssssssssssss!!!!!~~~~~ . sepantas jurukur bawak kaki tiga aku ngan wana bersiap . alah main sarung sarung je . (konon tak kisah penampilan . sampai foyer bebetulkan sikit tudung . HAHA)

dah dapat aiskrim . yeay! . si wana ni bukan beli gula gula pun . dia beli aiskrim dengan air fanta purple . kononnya nak benda manis . eee budak kecil memang banyak karenah . :p . keluar je minimart tu nampak ___ .. ^^

maka dengan itu . kami duduk ah bersahaja . sampai around 3 am . (kalau tak salah) . naik tu pun sbb nmpak pk guard . nyeh3 .

Balik

pukul 9 bapak dah kol . aku cakap la belum bangun tidur . heee . tidur tidur tidur . bapak call lagi . katanya dah otw ke ksj :O eeeee . kelam kabut jugak la bangun, mandi, kemas, bagai . masa tu pukul 12++ . sebelum mandi aku text "___ , bangun atik dah nak balik" . (eee tak tau kenapaa tulis macam tu .. sorry ) kumpulkan barang . tolak katil . tutup tingkap . tutup suis elektrik . turun bawah hantar barang . naik . salam salam dengan efa wana imah aisya . sedih nak tinggai depa . tapi TAK nangis tau masa salam tu . hee . balik bilik . text lagi " Atik balik dulu . __ take care here :) " ( gediknyeww saye  _^_  ) . pulang kunci . sign dlm buku . keluar ksj ....

sepanjang perjalanan tu aku diam je :p makan pun tak nak tau . berhenti kat r&r seremban . hanya minum choc blog . sampai rumah . LAPAR . tu lah tadi kemain tanak makan kan .

Sate



petang yang indah . mimpi yang lena . emak kejut . suruh ikut bapak . haiyaaa . dengan penuh kemalasan pun bangun lah . lepas mandi tu segar dah . this time order kat sg Lui . alaaa dekat je . bakar kat rumah Cina . eee ada anjing . banyak pulak tu . mujur tak kene kejar . selesai je pembakaran sate kat situ . balik ke kedai . duduk saje sampai la kedai tutup ... malam tadi pun ikut bapak ke kedai lagi . tapi masih duduk sahaja . hehe . balik tu aku drive sampai rumah . Alhamdulillah selamat .

Memandu

baru ada lesen L sahaja setakat ini . maka kena lah sambung ke P masa cuti sem ni . bapak ni dahulunya pernah berkhidmat sebagai guru memandu . so belajar sikit sikit dulu lah dengan bapak . bila dah reti bawak baru jumpa cg memandu . so bayar pun kurang :D .. sampai ke harini dah 6 kali aku bawa kereta . Alhamdulillah , semakin bertambah baik . bapak selalu pesan " Memandu Adalah Satu Tanggungjawab " yela sebab kita bawa nyawa orang :) . 

Tidur

tak dinafikan . kalau ada bar chart aktiviti aku . tidur ni lah paling tinggi . hehe . tu lah dah terbiasa asyikk tidur . sheyshey pernah cakap 'eee atik ni . tidur je tau' . tapi aku buat dek jee *tutup muka dengan bantal .

Makan

lepas makan je lapar lagi lagi dan lagi . kenyang nye sekejap je . ^_^ . nak membesar kot . Aminn

..seminggu ni tak banyak pun aktiviti dilakukan.. buang mase je banyak .. twitter . instagram . we chat . wassap . 

ehh

C R U S H ?



























Perasaan minat dan suka memang tidak dapat dielakkan . 
Lumrah sebagai seorang Manusia lagi lagi di usia Remaja . 
Terpulang kepada kita bagaimana untuk mengawalnya . 
maka, biarmasamenentukan :p
p e a c e (Y)

love,



Comments

Popular Posts