Aku dan Hati

Assalamualaikum :) 



di hati ini hanya Allah yang tahu .

kenapa ? kerana Allah yang menjaga hati kita ^_^ . Allah yang membolak balikkan hati kita . Allah jualah yang memberi rasa kepada kita .

bercakap pasal hati , harini mungkin kita rasa suka/ sayang kat orang lain. tapi, esok lusa dan seterusnyaa ? kita tau dan pasti ke yang hati kita masih sayang/suka pada orang yang sama ? persoalan ni tak pernah ade jalan penyelesaiannye . biar lah . biar . biar masa menentukan . bila sampai tibanya waktu , redup hati kaum berdua , bila kau dan aku jadi satu , hidup mati jadi bersama . IM into you 





kadangkala apa yang kita buat, tanpa kita sedari telah mengguris hati seseorang . hmp . betul tu . aku rasa aku dah banyak guris hati orang . walaupun aku sedar bende tu, tapi . tapi . nak buat macamanan? takut jugak laa kalau perasaan tu salah . nak minta maaf , kalau tak betul ? tak ke malu ? then , mesti orang tu ingat kita ada bad thinking terhadap dia . hmp .




 manusia tak pernah berhenti melakukan silap . lagilagi aku . sehari tak buat silap tak sah . tak sah sehari tak buat silap . aku mengharapkan ada insan yang sudi menegur aku setiap kali aku buat silap, setiap kali aku mengguris hati orang. memang la pada mulanya teguran tu buat aku terasa/sentap sikit. tapi, aku akan fikir balik apa yang orang tegur. so, tegur tegur lah kesilapan aku ^_^ . tak suka hidup bermusuh. nak berbaik ngan semua orang kalau boleh, tapi yelaaa. nak jaga hati semua orang bukan senang. sesilap, bila terlebih jaga hati orang, hati sendiri tak terjaga. haaa. kan susah gituu. ada orang mengata belakang? biarlah. "Adat manusia takkan pernah berpuas hati" ayat Mr Alif (salah seorang fasilitator masa pergi program kat BTN Langkawi haritu) . memang betul pun . hati manusia lain lain. nak jaga hati semua orang? memang tak laaa. so, be ourself. 

sekarang dah nak pukul 5 pagi dan masih belum tidur bersama wana wana ni . misi menggosok baju melayu untuk pelajar Jepun tak siap lagi . haaaa . cakap pasal baju melayu . terimakasih banyakk banyakk kepada yang sudi bagi pinjam baju melayu mereka .  jasa kalian dikenang . :D . tudiaaa 15 pasanggg .



esok pagi ada pertandingan peta dan inovasi alat untuk peringkat Utm Kl . ada 3 kumpulan je yang masuk untuk kategori inovasi alat ni . salah satu nyaa adalah kumpulan kami ( Faezah, Aisya, Wana, Neb, Nada) . huru hara dibuatnya . hmp . ni la akibat buat kerja last minute . portfolio alat tak print out lagi . haha padan muka diri sendiri . suka sangat tangguh keje tu pehal ? . typical me .

 haaaa ni . ni . ni . aku taktauu nak cakap mcmanaa :( aku harap kalau orang tu baca, dia respon kat aku . maaf .

aku minta maaf ........ aku nampak kau nangis . kau nangis aku nampak . aku perasan . aku nampak semua tu . semua tu aku nampak . sebab aku ke? ye . aku rasa sebab aku . maaf kalau aku buat kau terasa . aku penat sebenarnye . tapi salah aku jugak sebab macam buat sorang2 . aku jenis tak suka susahkan orang . so bila aku dah start buat sesuatu tu . seboleh bolehnye aku nak siapkan . aku tanak bebankan sesiapa . aku lebih suka aku yang bersusah payah :) dan aku memang susah nak mintak tolong dengan sesiapa kecuali betul2 terdesak dan memerlukan . aku memang keras macam ni . tamak . suke wt keje sorang2 je . maaf kan aku . sekali lagi aku minta maaf . aku harap kau baca ni :')



by hook or by crook kene dapat no jugak . tak kisahhh laaa no 1/2/3 . hahahahmbarrr . k -.- . minggu depan pergi ke utara pulak untuk pertandingan yang sama . peringkat kebangsaan pulak. doakan yang terbaik untuk kami ^_^ Amin . tak mengharap nak dapat No pun . yang penting, pengalamannn :D .

beberapa hari kebelakangan ni, banyak dugaan mendatang. hmp. semoga hari-hari esok lebih baik dari hari ini :)Amin . selamat malam semuanya :) Salam Subuh .


Comments

Popular Posts